RapidKL bakal saman penganjur Bersih 3.0

RapidKL, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan semalam kerana mengalami kerugian besar akibat tindakan liar oleh kumpulan demonstran.Syarikat itu mahu ganti rugi berpatutan termasuk kerosakan teruk kepada asetnys, kehilangan hasil pendapatan di stesen LRT Masjid Jamek selepas demonstran meluru menerusi pintu LRT tanpa membayar dan kehilangan pendapatan daripada operasi perkhidmatan basnya.

"Kami mengalami kerugian besar seperti kerosakan pada penutup gulung dan pagar, pintu tandas serta orang menggunakan perkhidmatan kami tanpa membayar dan operasi bas juga terjejas teruk kerana penutupan jalan," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan hari ini.Katanya syarikatnya akan membuat laporan polis terhadap penganjur dan percaya pengusaha pengangkutan lain dan peniaga turut mengalami nasib yang sama.
Beliau berkata petugas Prasarana juga dibaling dengan botol air mineral dan dicaci oleh sekumpulan demonstran apabila petugas berkenaan cuba membantu seorang penumpang yang pengsan di stesen itu."Menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan penumpang, aset dan petugas di stesen itu, Oleh itu, terdapat keperluan untuk menutup stesen itu pada masa itu," katanya, sambil memperjelaskan bahawa stesen itu turut ditutup pada dua perhimpunan sama sebelum ini. - BERNAMA

Comments

wan_cikgumuzik said…
sila ambil perhatian.. blog ini dijangkiti virus MALWARE.. ianya berjangkit melaui blog

http://luingat-lusapa.blogspot.com/

sila buang link blog di atas dari blog ini...
PenganutPAS said…
Tak perlu kata apa-apa .....
Saman terus jer , cakap banyak tak guna . Lepas ni akan ada lagi rusuhan politik jalanan sekiranya puak2 ni tidak diajar cukup-cukup

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL