Musa kecewa sandiwara abang sertai pentas pembangkang....Biasa Kacang Lupakan Kulit

BALING 29 April - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir sedih dengan sandiwara politik Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang memilih berada di pentas pembangkang untuk mengkritik kerajaan.Musa yang juga adik kepada Abdul Kadir menyelar sikap abangnya yang pandai berdolak-dalik semata-mata untuk menyokong pembangkang dan memburukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Malah, beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam turut menyifatkan abangnya itu sebagai orang yang kecewa dan tidak berpendirian.

"Tidak usahlah bersandiwara, semasa menjadi menteri dahulu kenapa tidak memberi peluang seperti yang beliau cakapkan," katanya ketika berceramah di Kampung Pak Bong Kupang, dekat sini malam tadi.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Musa menegaskan, beliau dan ahli keluarga lain tetap menghormati Abdul Kadir sebagai abang kandung tetapi tidak boleh menerima tindakannya atas alasan politik.Katanya, abangnya satu ketika dahulu banyak menasihatkan beliau dan adik-adiknya yang lain supaya terus bekerja kuat untuk UMNO tetapi berikutan berlakunya sedikit masalah, beliau bertindak keluar parti.Jelasnya, semasa Abdul Kadir mahu keluar berceramah juga beliau banyak kali menasihatkan abangnya itu supaya berfikir panjang dan tidak terburu-buru dalam sebarang tindak-tanduknya.

"Mungkin beliau tidak sedar semasa dalam kerajaan dan memegang jawatan, Pas banyak menghentamnya tetapi apabila berada bersama pembangkang beliau bertukar haluan pula," ujarnya.
Sehubungan itu, Musa berharap, rakyat di daerah itu tidak terikut-ikut dengan rentak Abdul Kadir dan tidak terpengaruh dengan ucapan yang tidak benar serta cuba meraih undi semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia