ZAID Semakin Ramai Memulaukannya...Tandanya Orang Tak Suka Pada Zaid

Kita Kelantan Tidak Sokong Zaid Bertanding Atas Tiket Kita Di Kota Baharu.

KOTA BAHARU: Anggota dan pucuk pimpinan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kelantan tidak akan memberi sokongan jika Datuk Zaid Ibrahim bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.Pengerusi KITA Kelantan Zakaria Salleh berkata ini kerana KITA Kelantan tidak mengiktiraf Zaid sebagai Ketua parti tersebut dan menyifatkan segala pergerakannya atas sifat peribadi, bukan parti."Kita tidak boleh menerima pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dalam politik dan berjuang untuk kepentingan diri," katanya kepada Bernama, di sini, Jumaat.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Zaid yang dilapor ingin bertanding di kawasan Parlimen Kota Baharu yang pernah dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004.
Katanya, KITA Kelantan juga memberi sokongan kepada Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan presiden parti daripada Zaid. - BERNAMA        

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana