YB.Gobala Persoal Kerajaan Kedah Lulus Projek Perkuburan Cina di Lokasi Tanah Rizab Melayu.....mananya yb orang melayu ni


KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan mendesak agar Kerajaan Negeri Kedah menarik semula kelulusan Projek sebuah Syarikat Pemaju  yang telah  merampas Tanah Rizab Melayu berkeluasan 76.5 Hektar untuk membina Tanah Perkuburan Cina. Rampasan Tanah yang berlokasi di Sungai Kob, Bukit Karangan ini telah menyebabkan majoriti penduduk bertindak memprotes tindakan tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri dan pihak Pemaju tersebut. "Mereka protes bukan sahaja rampasan tanah rizab semata-mata, akan tetapi turut dipersoal (Projek Pembinaan) kubur Cina itu dibina di kawasan yang 95% merupakan penduduk Melayu. Malah kawasan Projek berkenaan di kelilingi dengan kampung-kampung Melayu," jelas beliau ketika ditemui wartawan.

Namun setelah kurang dari 8 tahun pemilikan tanah rizab tersebut, pihak Pendaftar mengeluarkan satu lagi Sijil bertarikh yang sama akan tetapi telah memadamkan terus pengisytiharan yang diberikan. Ini jelas kata beliau ada usaha sabotaj dan bentuk pengkhianatan terhadap rampasan tanah rizab berkenaan. "76.5 hektar tanah ini telah diisytihar sebagai tanah rizab Melayu. Malah (tidak rasional) projek Tanah Perkuburan Cina ini dibina di kawasan yang tiada langsung penempatan bukan Melayu terutamanya dari kaum Cina dan India," tegasnya lagi. Beliau turut kesal dengan arahan penangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemilik tanah tersebut yang bertindak memprotes menuntut hak mereka dipelihara seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Malah beliau disahkan menerima laporan berkenaan penahanan seorang lagi penduduk kawasan tersebut hari ini atas tuduhan yang didakwa tidak munasabah. "Mereka (penduduk) merasakan kehidupan seharian mereka telah diceroboh. Ia terbukti setelah beberapa orang (penduduk kawasan) telah ditahan pihak polis. Malah hari ini seorang lagi ditahan kerana kononnya melakukan jenayah merusuh cuba membakar traktor di tapak projek," kata Gobala. Gobala menjelaskan tindakan Kerajaan Pakatan Negeri dilihat menghina maruah penduduk Melayu di salah sebuah kawasan Parlimen beliau dan ianya memberi mesej jelas ketidakjaminan hak pembelaan masyarakat Melayu Negeri terus dibela.  Bekas Pemimpin PKR ini juga hampa dengan  janji Pakatan satu ketika dahulu akan tetapi direalisasi Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib menerusi Dasar Transformasi dengan simbol 1Malaysia sebagai seruan mengutamakan rakyat.  Kesal dengan insiden yang berlaku, Gobala mendesak Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah segera mengarahkan Projek berkenaan dipindahkan di kawasan baru. "Tidak jauh 1 ke 2 km dari kawasan (projek) ini terdapat beribu-ribu ekar tanah yang (status) bukan Rizab Melayu yang boleh diambilalih bagi meneruskan pembinaan Tanah Perkuburan Cina. Dan di kawasan tersebut juga terdapat beberapa (komuniti) penduduk kaum tersebut," tegasnya. Bekas Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini amat kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri yang tidak didakwa tidak mempedulikan hak nasib penduduk Melayu. "Apa yang saya persoalkan adalah nilai 2 tanah yang berbeza ini. Nilai keluasan Tanah Rizab Melayu ini jika setiap ukuran tersebut jika dibezakan dengan nilai tanah biasa adalah RM50 Ribu. Maka jika Kerajaan Negeri Pakatan diberi peluang mentadbir Negara, maka berjuta-juta ringgit wang yang merupakan hak pemilik masyarakat Melayu di Negara ini bakal dirampas," tegas beliau. Beliau juga mengingatkan Kerajaan Negeri agar memperhalusi fakta sejarah berkenaan Tanah Rizab Melayu yang menjadi jaminan dan amanah sejak kedatangan penjajah British sebelum ianya diteruskan Kerajaan Perikatan selepas Kemerdekaan. "Pihak British telahpun menetapkan Tanah Rizab Melayu tidak dibenarkan sama sekali berkurangan di Negara ini mereka telah merangka satu sistem yang memberi jaminan pemilikan tanah bagi setiap masyarakat Melayu. Jika sistem ini tidak dilaksanakan sebelum Negara mencapai Kemerdekaan, hak masyarakat Bumiputera Melayu akan ditindas. "Akan tetapi Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS dilihat bertindak sebaliknya menyondol Tanah milik penduduk kawasan tersebut tanpa mengadakan sebarang rundingan bersama pihak pemilik," katanya yang turut berkongsi pengalaman menemui penduduk kawasan baru-baru ini. Sungguhpun begitu, beliau yang tidak mahu isu tersebut semakin kritikal lantas menawarkan diri bekerjasama dengan Kerajaan Negeri membawa tapak kawasan tanah bukan berstatus Rizab Melayu berhampiran kawasan asal yang dilihat lebih strategik untuk meneruskan Projek Tanah Perkuburan Cina tersebut. Gobala yang juga Wakil Rakyat di kawasan itu, berharap isu ini dapat diselesaikan segera sebelum ianya bertambah rumit dan memberi kesan ketidakharmonian sesama kaum di Negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana