Wakil BN persoal motif Azmin bangkit isu perbelanjaan Hasan Ali

SHAH ALAM: Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, yang membangkitkan perkara Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membelanjakan RM300,000 mengubahsuai pejabatnya ketika menjadi EXCO kerajaan negeri dua tahun lalu.

Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) mencelah ucapan Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bertanyakan mengapa ia ditimbulkan sekarang, tidak semasa Hasan masih EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.
Hasan (Bebas-Gombak Setia) dipecat daripada PAS awal Januari lalu selepas beliau dikatakan membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.
Subahan berkata, perkara itu dibangkitkan kerana wakil Gombak Setia itu sudah dipecat.
"Dua tahun llu Barisan Nasional pernah membawa isu ini tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, tetapi apabila Hasan bertukar haluan perkara itu dibangkitkan semula," katanya.

Mohamed Azmin yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada perasmian sidang Dewan itu, menjawab bahawa siasatan dilakukan secara audit dalaman.

Persidangan DUN bersambung Isnin. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana