Tuduhan Azmin Terhadap Hasan Berniat Jahat - Kamalanathan


SHAH ALAM, 24 MAC : Tindakan mendedahkan kononnya bekas exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyalahgunakan RM800,000 wang kerajaan negeri jelas satu usaha untuk menjatuhkan maruah dan cubaan mendatangkan persepsi buruk terhadap pemimpin itu.Bahkan dakwaan yang dilemparkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu menurut Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan adalah disengajakan.  " Dia sengaja untuk memburukkan dan cuba mewujudkan satu pandangan buruk terhadap Hasan Ali. Sebab itu lah beliau membuat kenyataan itu di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Kalau benar-benar dia rasa, ada berlaku kesalahan dan sebagainya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, dia mesti membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Azmin semalam ketika membahaskan titah diraja mendakwa Hasan menggunakan RM300,000 wang kerajaan negeri untuk melakukan pengubahsuaian ruang pejabatnya ketika masih memegang jawatan sebagai exco. " Ini secara terang kita dapat lihat, dia mempunyai sangkaan jahat tapi saya sedar hal ini, sebab memang itu pun tabiat dia. Tabiat pemimpin seperti itu dalam PKR, mereka suka memburukkan nama orang tetapi mereka tidak sedar keburukan mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana