Tiga NGO bidas kenyataan Abdul Hadi....PAS Sanggup Buat Apa Saja

KUALA LUMPUR 18 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membidas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan beliau semalam yang membenarkan orang Islam bekerjasama dengan Yahudi bukan berfahaman Zionis.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah tidak wajar untuk seorang ulama mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana tanpa disedari ia telah memberi implikasi negatif dan prejudis terhadap masyarakat Malaysia.
''Abdul Hadi memang cuba menyelamatkan maruah dan imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terjejas teruk akibat menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.
''Tidakkah beliau terfikir bahawa perkataan 'Yahudi' itu telah menggambarkan hegemoni Zionis dan Zionis itu membawa maksud negatif dalam benak fikiran masyarakat dunia hari ini.

Pas semakin hanyut - Noor Deris

KOTA BHARU 18 Mac - Bekas penyokong Pas menyifatkan parti itu semakin hanyut sehingga sanggup menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu hendak berkuasa.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu merujuk kembali perintah Allah dalam al-Quran yang secara terang menyatakan sifat-sifat orang Yahudi yang merupakan musuh umat Islam.
"Apakah Hadi, pemimpin Pas dan kawan-kawannya yang berangan-angan ke Putrajaya tidak nampak penjelasan-penjelasan Allah tentang Yahudi, pegangan hidup dan perjuangan mereka yang terpapar dalam al-Quran?."Saya minta Hadi rujuk kepada al-Quran dan sunah, usah bermain politik sehingga boleh menggadaikan maruah bangsa dan agama, menjadi alat golongan tertentu untuk menghancurkan kedaulatan Islam di tanah air sendiri,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana