TERBAIK SEKALI KATA KATA PM UNTUK MENGINGATI CALON BERTANDING AKAN DATANG.......


Calon BN pada pilihan raya bergantung kepada prestasi mereka di mata pengundi Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan mendengar kehendak rakyat dalam menentukan calon bagi pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri berkata, beliau sedia kehilangan rakan yang berkecil hati kerana cita-cita politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi. “Saya pasti dipersalah dan dipertanggungjawab kerana menggugurkan orang itu. Hakikatnya, jika orang itu benar-benar menilai dirinya, disebabkan prestasinya tidak memuaskan atau dia sudah kehilangan keyakinan rakyat di kawasan masing-masing. Itu sudah menjadi sebab dia tidak boleh menjadi calon. “Mereka sebenarnya tidak boleh menyalahkan pemimpin kerana pemimpin membuat keputusan berasaskan apa yang betul dan saya akan melakukan perkara yang betul untuk rakyat. Ini prinsip yang menjadi pegangan saya,” katanya. Tindakan PM mendengar kehendak rakyat dalam menentukan calon pada PRU13 akan datang amat dipuji. Sudah sampai masa pendekatan itu dilaksanakan kerana kaedah yang ada sekarang sudah tidak sesuai lagi. Natijahnya tidak ramai wakil rakyat yang betul-betul berkualiti dan mengikut kehendak pengundi apabila sudah di lantik menjadi ADUN atau MP. Mereka tak buat kerja,hanya turun apabila PM atau TPM turun bertemu rakyat di kawasan mereka, lepas itu mereka tidak buat apa pun.Tiada program atau aktiviti contoh di Selangor. Rakyat/pengundi amat meluat dengan sikap berpura-pura sebahagian besar wakil rakyat BN atau Ketua Bahagian UMNO yang hanya main wayang sahaja. Hampir 4 tahun inilah kerja mereka. Tiada program atau aktiviti untuk rakyat hanya mengaharap PM atau TPM sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana