SYABAS MB TERENGGANU DENGAN TEGAS BUAT KEPUTUSAN DEMO PELAJAR DI MESIR........


Terengganu Batal Pinjaman 6 Pelajar Yang Sertai Demo Bersih, Auku!!! Padan Muka...Kerajaan Beri Biasiswa untuk belajar mendapatkan ilmu tapi menyertai demo untuk menentang kerajaan pulak dan siap bawa bendera TERENGGANU LAGI TU....JANGAN BIARKAN ORANG MACAM DIBERI MUKA....PAKAILAH DUIT SENDIRI ATAU DARI MINTA DARI PAS...BUATLAH APA SUKA PUN DENGAN DUIT ITU....ORANG PUN TAK MARAH.
 KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapa...ti bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.
“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya.

Jelas Ahmad lagi, beliau nyata kecewa dengan tindakan segelintir pelajar yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral itu hingga akhirnya merugikan diri sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

“Bila kita tanya mereka kata ada orang yang suruh pergi dan memakai baju itu (Bersih) dan ada antara mereka adalah pelajar tahun tiga yang mengambil kursus perubatan di universiti di sana (Mesir).

“Mereka tidak sedar kerajaan membelanjakan wang yang cukup besar untuk membiayai pembelajaran mereka supaya berjaya menamatkan pengajian dan mampu memberikan sumbangan kepada negara, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.
Justeru katanya, tindakan tegas yang diambil kerajaan ke atas enam pelajar berkenaan seharusnya memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar-pelajar lain agar tidak sesekali terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan masa depan mereka nanti.
1 M MENYOKONG PENUH USAHA INI 100% TERBAIK SEKALI.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana