SIKAP PM RENDAH DIRI DAN MAAF AKAN MEMBERI KELEBIHAN PRU 13 NANTI

Inilah yang terbaik sikap Dato Seri Najib mengakui kesilapan yang lalu memberi kelebihan kepada BN dan UMNO untuk membaiki kesilapan yang lalu.Tiada seorang perdana Menteri sanggup melakukan sebergini rupa sikap rendah diri dan muhasabah yang ditunjukkan kepada rakyat.BN akan bangkit daripada kesilapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 untuk terus memacu negara mencapai kegemilangan dengan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.Sambil mengakui kesilapan pada PRU-12 lalu yang menyebabkan BN hilang empat negeri, Perdana Menteri bagi pihak BN meminta maaf kepada rakyat di atas kekurangan itu dan berjanji memperbaikinya.“Saya bagi pihak BN meminta maaf daripada kesilapan dulu dan berjanji belajar daripada kesilapan itu. Kita akan bangkit daripada kesilapan lalu untuk membina mahligai yang lebih kukuh.

“Ini azam dan pengakuan kita kepada rakyat yang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat,”“Insya-Allah, berkat sokongan rakyat, perubahan besar akan berlaku di Kedah,” katanya sambil mengingatkan pemimpin UMNO supaya bersatu, bukannya mementingkan diri dan jangan berebut-rebut kerusi untuk bertanding. 

 

  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana