SETIAUSAHA AGONG PBB PUN PUJI KONSEP 1 MALAYSIA......

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memuji konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai visi hebat mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini. Beliau berkata, konsep 1Malaysia itu juga selari usaha pertubuhan antarabangsa itu dalam mempromosikan perpaduan untuk penduduk dunia yang berbeza agama, etnik dan budaya.“Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, budaya. Konsep 1Malaysia yang dibuat untuk mempromosikan perpaduan masyarakat adalah satu visi hebat bukan saja untuk rakyat Malaysia, malah rantau ini.“Ini yang PBB selama ini usahakan di seluruh dunia,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri sempena dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia di sini, semalam. Ki-moon juga kagum dengan pencapaian Malaysia di bawah pentadbiran Najib dalam aspek kematangan politik dan demokrasi serta pembangunan sosial ekonomi negara ini. “Malaysia adalah antara negara membangun yang boleh berkongsi pencapaiannya dengan negara lain dan saya berharap Malaysia akan terus menyediakan kepakaran dan pengalaman kepada negara lain bukan saja di rantau ini malah seluruh dunia,” katanya. ANWAR MERAH MATA MELIHAT DATO SERI NAJIB DIPUJI OLEH SETIAUSAHA PBB,SIAP PAKAI BAJU LOGO 1 MALAYSIA LAGI TU.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana