SBPA Dimansuh, SSM Diguna Semula....Terbaik Dato Seri Najib

PUTRAJAYA, 8 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dimansuhkan manakala Sistem Saraan Malaysia (SSM) diguna semula.Sehubungan itu, kakitangan awam akan tertakluk kepada SSM yang diguna pakai sebelum ini, tetapi ia akan diperbaiki.
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

Najib berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas mengambilkira cadangan yang dikemukakan Cuepacs dan pada masa yang sama berdasarkan implikasi kewangan negara.Pada pertemuan itu juga Najib turut mengumumkan kenaikkan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi gred 1 hingga 54.
Manakala Jusa A, B dan C naik kepada lapan peratus.
Selain itu, Najib turut memaklumkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.

Hadir sama pada pengumuman itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana