Rating sokongan terhadap PM: Petunjuk positif kepada BN

Peningkatan keyakinan rakyat terhadap BN kerana janji dikota.
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat memberi petunjuk positif sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.Memandangkan Najib adalah ketua kerajaan dan pengerusi BN, imej yang dibawa oleh Perdana Menteri menggambarkan imej BN.
"Dengan adanya bancian sikap itu ia dengan sendirinya memberi indikasi yang baik kepada BN keseluruhannya,”Merdeka Centre for Opinion Research dilaporkan berkata, rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011.
Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb. sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana