PRU13: Terengganu mahu elak calon 'payung terjun'

Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk cuba mengelak daripada mengemukakan calon yang disifatkan sebagai ‘payung terjun’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) agar pisang tidak berbuah dua kali.Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau memandang serius soal tersebut kerana hasil penelitian yang dilakukan, BN gagal menang di empat kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini adalah disebabkan calon payung terjun.

Saya sudah tunjuk kepada Perdana Menteri sebab kita kalah pada PRU12 kerana calon luar yang tidak terlibat dalam pergerakan parti di peringkat bahagian. Seminggu sebelum pilihan raya baru cuba untuk memperkenalkan diri mereka, ia sukar.Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sedang meneropong individu berkelayakan dan dianggap ‘winnable candidate’ bagi mewakili BN bertanding di kerusi milik parti itu selepas parlimen dibubarkan kelak.Apa pun, keputusan sebenar di peringkat kepimpinan. Perkara penting dia akan tengok calon boleh menang (winnable candidate),”Malah, beliau optimis untuk merampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkang khususnya di Kuala Terengganu apatah lagi kerajaan telah menunaikan semua manifesto dijanjikan pada PRU12.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana