PRU 13 Makin Hampir....Pembangkang Guna Taktik “Cina Buta”

PAKATAN RAKYAT INI BERBINCANG MACAM MANA PULAK NAK KELENTONG NI....

Golongan PEMBOHONG inilah yang sedang panik dan terdesak. Mereka sedang melakukan apa saja untuk survive apabila semakin dekat dengan PRU.Mereka sedang hebat berusaha menukar pemikiran rakyat dari realistik kepada retorik, dari rasional kepada emosional dan dari janji-janji nyata kepada buaian janji-janji kosong menggapai bulan dan bintang.Puak pembangkang hanya boleh hidup dengan retorik, mainan emosi dan janji-janji yang tidak berpijak di bumi nyata.AYAT AYAT BIASA DIGUNAKAN AHLI TAKSUB PAKATAN CAKAP.....“Beri peluang pakatan memerintah sepenggal. Untuk percubaan! Jika pakatan pun sama macam UMNO, rasuah dan kaki bolot harta, ambillah balik kuasa dan beri pada UMNO semula. Ini saja caranya untuk ajar pemimpin UMNO.”Hanya golongan “gila talak” yang telah melafazkan talak 3 pada si isteri saja yang sanggup untuk menggunakan kaedah “cina buta” semata-mata untuk memperisterikan kembali jandanya.Masalahnya, siapa yang mahu menjadi pak sanggup? Kalau pakatan dah dapat kuasa sampai mati pun mereka takkan ceraikan kuasa yang telah diberi oleh rakyat. Dah sedap-sedap beradu, pagi-pagi terus cerai dan pulangkan balik isteri.JANGANLAH JADIKAN PAKATAN RAKYAT BERKUASA DI MALAYSIA....TOLAK PAKATAN UNDI BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana