PM PRIHATIN RAKYAT BERBASIKAL BERSAMA BELIA DI JOHOR

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berbasikal bersama lebih 1,000 belia Johor terdiri daripada pelbagai kaum, Sabtu ini bersempena dengan lawatan kerja dua harinya ke Johor bermula esok.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Sulaiman, berkata Perdana Menteri akan berbasikal bersama belia pelbagai kaum di kawasan rekreasi Taman Setia Indah di sebelah pagi, pada hari kedua lawatan."Selepas berbasikal bersama belia, Perdana Menteri akan melakukan tinjauan mesra dan bersarapan pagi di Medan Selera, Pasar Awam Taman Setia Indah dalam program pada hari kedua lawatannya,"Perdana Menteri yang akan tiba di Johor Bahru esok mempunyai jadual ketat sepanjang dua hari di negeri ini, dengan acara pertama membabitkan pelancaran program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia di Pusat Konvensyen Persada Johor.

Petang esok, Najib dijadual melakukan tinjauan mesra di pekan Kampung Melayu Majidee, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu Majidee. Pada sebelah malam pula, beliau dijangka menghadiri majlis jamuan pemimpin bersama rakyat di Sutera Mall.

Pada Sabtu di hari kedua lawatannya ke Johor, Perdana Menteri dijadual menghadiri pelancaran program Jelajah Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO di Stadium Perbandaran Pasir Gudang.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, juga dijangka melancarkan Mini Ekspo Permata 2012 bertempat di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Bahru pada Sabtu. - BERNAMA
  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana