PM KITA AMBIL BERAT MASALAH PELAJAR PINTAR......

Program Permata Negara penting bagi menyediakan landskap pendidikan khusus yang sesuai buat kelompok kanak-kanak pintar yang memiliki tahap kecerdasan (IQ) yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata potensi mereka tidak dapat dioptimumkan untuk kepentingan negara sekiranya kelompok ini tidak dilengkapi dengan sistem pendidikan yang sesuai dengan kemampuan pemikiran mereka yang luar biasa itu.
Beliau berkata sekiranya sistem pendidikan yang sesuai buat mereka tidak disediakan, kesannya banyak, antaranya mungkin kanak-kanak ini akan cepat bosan dengan pelajaran, atau mungkin mereka akan dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk menuntut dan bekerja di luar negara."Ini akan jadikan kita kehilangan 'bakat' yang boleh memberi kesan kepada negara, berlaku apa yang dikatakan sebagai "brain drain' (penghijrahan cendekiawan)," katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Pusat PERMATA pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

"Mengikut kajian, kita perlu sediakan anak-anak kita untuk mengisi pekerjaan dan profesion di mana antara 70 dan 80 profesion itu masih belum wujud ketika ini. Jadi bagaimana hendak sediakan mereka, jenis pekerjaan itu belum kita tahu bentuknya," inilah sebabnya kerajaan menekankan kepada pendidikan bagi melahirkan pelajar yang mampu berfikir dengan lebih inovatif. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana