Penduduk enggan sertai kempen tangkap tikus....banggang punya ADUN TERATAI sampah tak angkat bertimbung timbung

PENDUDUK meminta pihak berkuasa supaya menyelesaikan masalah sampah di Pandan Perdana semalam.

Kempen menangkap tikus yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak mendapat kerjasama penduduk di kawasan tersebut. Penduduk mendakwa kempen yang dilancarkan baru-baru ini itu tidak akan membuahkan sebarang hasil selagi sampah sarap yang menjadi punca utama masalah tersebut tidak diselesaikan terlebih dahulu.Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai, 53, berkata, beliau dan kira-kira 3,000 penduduk keliru dengan matlamat kempen yang disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sampah yang dihadapi mereka."Sejak tahun 2008, tahap kebersihan di kawasan ini mula terjejas akibat sifat sambil lewa pihak kontraktor yang gagal melaksanakan tanggungjawab membersihkan longkang serta sampah."Selain itu, jadual pengutipan sampah domestik juga menjadi semakin tidak teratur selepas pelantikan kontraktor baharu,"
Ekoran timbunan sampah sarap yang tidak diangkut, pembiakan tikus semakin berleluasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana