PEMBELI RUMAH KENA KENCING.....kesal PDC halang pasang lampu, kipas
GEORGETOWN 30 Mac – Lebih 700 pembeli rumah kos rendah dan sederhana rendah Halaman Kenanga di Bayan Baru, dekat sini kesal dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang menghalang pemasangan lampu dan kipas di kediaman mereka walaupun telah mendapat kunci rumah pada 4 Mac lepas.
Jurucakap Jawatankuasa Bertindak Kos Rendah dan Sederhana Rendah Halaman Kenanga, Habibur Rahman Seeni Mohamed berkata arahan tersebut dikeluarkan PDC dengan menyerahkan satu salinan injunksi mahkamah dan memo arahan.
Beliau berkata apa yang menimbulkan tanda tanya, mengapa kebenaran menduduki unit kediaman itu dikeluarkan sedangkan lampu dan kipas tidak boleh dipasang menyebabkan pembeli tidak dapat berpindah masuk ke unit kediaman mereka.Katanya, terkini pihak pemaju telah mengeluarkan arahan terbaru selepas jawatankuasa ini dijadualkan berjumpa dengan pihak pengurusan PDC pada pukul 3 petang ini.
"Saya minta PDCP bertanggungjawab dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kotakan janji pada 4 Mac...majlis penyerahan kunci. Ini adalah janji palsu!,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Para pembeli lain turut melahirkan rasa kecewa terhadap pemaju yang juga sebuah anak syarikat kerajaan negeri kerana gagal memudahkan urusan perpindahan mereka.
"Kami terima kunci, maksudnya rumah kira boleh duduk...tapi kami nak mai duduk tak boleh. Mereka kata yang ini tak boleh, yang itu tak boleh, macam-macam mereka ada alasan.
"Habis penyewa dah stop duit menyewa. Habis mana kami nak pi duduk?,” kata Muhamed Amin Ramli salah seorang pembeli rumah. - BERNAMA

Comments