PAS beri tanah kepada wakil rakyat semasa berkuasa 1999-2004 - Ahmad Said

Kerajaan Terengganu Isnin mendedahkan PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika negeri ini diperintah oleh parti pembangkang pada 1999 hingga 2004.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.
"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang."Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.Bernama melaporkan beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat Kuala Terengganu.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana