MEROSAKKAN IMEJ SAJA LAH LOGO 1 MALAYSIA DIGUNAKAN UNTUK KUTIP PARKING......

Logo 1 Malaysia sudah popular di mana mana tempat untuk menarik perhatian orang ramai,Ada sedikit mengambil kesempatan menggunakan logo 1 Malaysia..ini mungkin ramai akan keliru....

SEGAMBUT - Tindakan sindiket mengutip bayaran parkir secara haram di kawasan lapang Jalan 9/62A dan Jalan 11/62 A Bandar Manjalara, mendapat bantahan lebih 100 pemilik rumah kedai di kawasan itu.
Tindakan itu dikatakan bukan sahaja menyusahkan pengunjung, malah tidak adil kerana parkir sepatutnya tidak dikenakan bayaran. Peniaga, Foo Yik Cheong berkata, rata-rata pelanggan dan pengunjung rumah kedai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja setiap kali mahu menjamu selera di kawasan itu.
“Mereka kena bayar RM2 sekali masuk, malah ada juga yang terpaksa bayar sehingga RM10 untuk tempoh sejam bagi meletakkan kereta di kedua- dua kawasan tanah lapang itu,” katanya.
Difahamkan, sindiket didalangi rakyat tempatan itu juga semakin naik ‘tocang’ apabila mengeluarkan kata kesat apabila ada pengunjung yang mempertikaikan bayaran dikenakan.
Tindakan seumpama itu disifatkan melampau dan mereka menggesa pihak berwajib mengambil tindakan. Seorang lagi peniaga, Chea Ah Ming berkata, peniaga mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka yang mengurus parkir.

Comments

Dot said…
free sgt la plak? org komen tak selari dgn pendapat dia, terus delete!! ..memang tak lalu nak jenguk pun...portal syoksendiriterkini tu!!!!

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana