MB kecewa kecemerlangan pelajar jadi bahan fitnah...Sikap Ada Hasad Dengki Pada Orang Lain

KUALA TERENGGANU 27 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya pendidikan Terengganu cemerlang disebabkan faktor soalan bocor diberikan kepada pelajar negeri ini.
"Kalau soalan bocor, pelajar-pelajar kita dapat ”A” semualah.

"Inilah susahnya kerana kadang-kadang orang seperti ini tidak mahu iktiraf kebolehan orang lain dan sembarangan saja mereka membuat tuduhan dan fitnah,” katanya selepas menyampaikan e-Book kepada 667 pelajar Tahun Empat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kecemerlangan Terengganu yang berterusan dalam peperiksaan awam terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) disebabkan soalan bocor.

Ahmad berkata, fitnah yang dilemparkan seolah-olah menafikan usaha keras kerajaan, guru-guru dan ibu bapa dalam meningkatkan hal berkaitan pelajaran di Terengganu.
"Mereka yang buat fitnah ini sepatutnya bangga dengan kejayaan memajukan bidang pendidikan, bukannya mengutuk tanpa usul periksa. Apapun kerajaan negeri akan terus berperanan dalam mencapai kecemerlangan pelajar negeri ini,” katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana