Kuasa Gelombang Merah Bakal Rempuh Penguasaan 22 Tahun Pas Di Kelantan

PASIR MAS, 2 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat ada petanda baik bahawa gelombang merah (UMNO) akan menjadi kuasa yang bakal merempuh penguasaan kerajaan Pas selama 22 tahun di Kelantan.Beliau berkata angin perubahan kini cukup baik kerana rakyat Kelantan sendiri sudah melihat sejauh manakah kemampuan Pas dalam mentadbir negeri itu selama 22 tahun.“Jadi cukup-cukup lah tu, dah 22 tahun, satu generasi…kalau ada anak, sekarang dia pun sudah boleh mengundi.“Saya yakin kalau mandat ini diberikan kepada Barisan Nasional (BN), Kelantan boleh menjadi negeri yang lebih baik,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, di sini, hari ini.Najib kini dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan.Perdana Menteri berkata, rakyat Kelantan mempunyai dua pilihan iaitu untuk memilih Pas yang hanya memperjuangkan negara Islam atau BN yang juga memperjuangkan Islam dan kemajuan serta kemakmuran rakyat.“Islam Pas hanya Islam secara luaran tetapi tidak ada pengisian yang boleh mengangkat maruah dan darjat umat Islam di dalam negara kita.“Tetapi sekiranya BN dipilih, Islam kita dapat, kemajuan dan kemakmuran pun dapat,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 20,000 tetamu yang hadir.Bagaimanapun, Najib yang juga Presiden UMNO mengingatkan jentera parti agar terus bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.“Kita mesti rapatkan barisan. Jangan ‘baloh’ (bergaduh), jangan cah keting (sabotaj).“Siapa yang kita pilih jadi calon mesti sokong,” tegas Najib.Pada masa sama Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa isu air di Kelantan akan dimasukkan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum ke-13.Pada majlis itu Najib turut menyampaikan BR1M kepada penduduk yang layak.Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Cenggal, kira-kira 200 meter dari sekolah berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL