Kerajaan Selangor Hanya Bersandiwara Berhubung Skandal Lombong Pasir
Kerajaan negeri Selangor hanya bersandiwara dengan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat skandal perlombongan pasir negeri."memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.Mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu,"

Comments