KERAJAAN PAS DI KEDAH CARCA MERBA....

Hampir ke semua pemimpin utama PAS akan berhimpun di Alor Setar, dalam satu pertemuan 'kasih sayang' bagi menyelamatkan air muka PAS berikutan konflik tak kunjung selesai antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco Kanan Datuk Phalrolrazi Zawawi.
 Phalrolrazi yang memberontak dari kepimpinan Azizan bersama seorang lagi Exco Datuk Dr Ismail Salleh sudahpun kena 'gag order' atau arahan tutup mulut.Ini berikutan kenyataan demi kenyataan Ketua PAS Kuala Kedah itu bukan menjernihkan suasana, sebaliknya, bertambah kusut termasuk kisah beliau suruh timbalannya di Kuala Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah ikut jejak langkahnya dan Ismail.Dalam pada itu....... PM akan melakukan lawatan kerja sehari di Kedah dan program beliau bertemu rakyat bermula sebelah petang iaitu di Padang Awam Kuala Ketil, Baling.Program khusus itu Perjumpaan Perdana Menteri bersama rakyat akan dihadiri oleh semua pemimpin utama BN negeri.Selain itu, pada sebelah malamnya, PM akan menghadiri dan merasmikan Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani.Ini pemukiman yang ketiga selepas Selangor dan Perak baru-baru ini. Biasanya dalam pemukiman begini, semua ADUN-ADUN BN akan ditempatkan di Daerah Peti Undi untuk beramah mesra dengan penduduk setempat selain mengetahui reaksi dan pandangan akar-umbi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana