Kecoh Betul Hasan Ali VS Dr. Rani - Sidang DUN Selangor

SHAH ALAM 21 Mac - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini gamat seketika setelah berlaku pertelingkahan di antara ADUN Gombak Setia, Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali dan ADUN Meru Dr. Abdul Rani Othman.
Dr. Rani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri mengkritik bekas pemegang jawatan yang sama satu ketika dahulu itu mempersoalkan tindakan Dr. Hasan yang didakwa tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.
Malah Dr. Rani juga mendakwa bekas Exco Selangor itu tidak bijak dalam berbahas menentang pihak lawan kerana tidak memberi peluang kepada beliau mengajukan soalan berkaitan isu Murtad yang dibangkitkan beliau.
Dr. Hasan dalam pada itu mengherdik tindakan Dr. Rani yang telah menyerang peribadi beliau berkaitan isu Perlantikan Exco.
"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat? Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan.
"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan.
Dr. Rani yang kelihatan tidak berpuas hati dengan penjelasan Hasan lantas menjawab dakwaan dengan nada tegas.
"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.
Dr. Hasan dengan pantas menjawab dengan nada sinis mempersoalkan emosi Dr. Rani.
"Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang.” Kata beliau

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana