KAJI KEKUATAN DAN KELEMAHAN PAKATAN....INILAH KEHEBATAN DATO SERI NAJIB

 Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua kakitangan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) termasuk ke semua agensinya agar tidak terlalu yakin dengan laporan yang menunjukkan suasana politik hari ini menyebelahi kerajaan sebaliknya perlu terus berusaha membantu menerangkan segala dasar-dasar kerajaan bagi mengelak sebarang kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang.Sebaliknya beliau mengingatkan agar semua pihak berusaha untuk mengenal pasti segala kelemahan dan kekuatan pembangkang kerana hanya dengan cara itu sahaja yang mampu untuk menewaskan mereka.

“Kalau kita tahu kekuatan dan kelemahan musuh, kita tidak akan kalah dalam perjuangan.” Dalam pada itu beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu yakin dengan gambaran positif yang berlaku di beberapa kawasan di negeri yang di bawah takluk pembangkang kerana jika kerajaan tidak membuat perhitungan yang tepat, kawasan yang mana Barisan Nasional (BN) boleh memang boleh bertukar sebaliknya.“Kawasan yang putih boleh menjadi kelabu dan tidak mustahil boleh menjadi hitam jika kita tidak membuat perhitungan yang tepat. Analisis perlu dibuat sehalus-halusnya terutama membabitkan soal calon iaitu calon boleh menang.

Walaupun ramai calon yang merasakan diri mereka sebagai calon boleh memang ramai, pemilihan calon yang tepat amat perlu dan banyak faktor perlu diambil kira termasuk faktor anak tempatan,” kata beliau.Begitu juga dengan faktor golongan minoriti yang menurut beliau boleh menjadi penentu kepada kemenangan BN di mana apa juga keputusan dan tindakan, ia perlu mengambil kira kepentingan golongan minoriti di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana