HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI....BUSUK NAMA KERAJAAN SAJA
Empat penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Baharu, P.Ramesh, 44, Saberi Mohd Zain, 34, Nik Sarulazizie Nik Mohamed, 36 dan Mohd Armey Zahari, 32, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, Selasa atas dakwaan meminta rasuah bayaran bulanan daripada seorang pengusaha gas, tahun lepas. Keempat-empat mereka didakwa dengan niat bersama meminta rasuah bayaran bulanan daripada Heng Kok Liang, 38, sebagai dorongan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Heng, yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram. Mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit di Restoran Singgah Selalu, L2, Plaza Kotaraya, di sini, kira-kira pukul 4 petang, 2 Ogos tahun lepas.
Comments