DEKAT PRU BARULAH NAK BELI....NAMPAK SANGAT WAYANG

Kerajaan Selangor beli 50 lori sampah.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membeli 50 lori sampah untuk membantu semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu dalam pengendalian kutipan sampah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Thian Kiew, berkata lori sampah berkenaan akan disewa kepada PBT atau kontraktor yang memerlukan."Kita akan beli secara berperingkat dan bagi peringkat pertama kita tempah 50 lori yang mana kita jangka akan terima selewat-lewatnya April ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah berkenaan adalah bagi menyelesaikan masalah dihadapi sesetengah kontraktor yang dilantik PBT yang berdepan dengan kesukaran dalam pengutipan sampah berikutan kekurangan lori sampah.

Katanya, operasi tapak pelupusan sampah di Jeram dekat sini dilanjutkan sehingga 11 malam. - BERNAMA
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana