Bocor Dokumen Sulit : Felda Buat Dua Laporan Polis

Pihak pengurusan Felda hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kebocoran dua dokumen sulit FELDA yang telah dipaparkan dalam sebuah portal berita tempatan.
Setiausaha Lembaga Felda Asiah Sohit membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini kira-kira 9.40 pagi.Beliau berkata dua dokumen itu ialah minit mesyuarat bil.278 yang bertarikh 8 Jan dan buku mesyuarat pengurusan FELDA bersama Perdana Menteri bil.3 bertarikh 27 Jun 2011.
“Saya mula menyedari pembocoran dokumen ini apabila saya melihat portal berita itu bertarikh 15 dan 19 Mac,” katanya di sini, hari ini.Sehubungan itu, katanya, Felda meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab di atas pembocoran dokumen terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana