BN Akan Perbetulkan Kesilapan....Terbaik sekali dari Dato Seri Najib

Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Untuk itu, Perdana Menteri berkata beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan itu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.Katanya jika pengundi menolak BN seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana BN telah membuat kesilapan."Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita.
"Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini, Sabtu.
Perdana Menteri berkata BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana