Anwar Biseksual : Nalla Enggan Mohon Maaf


KUALA LUMPUR, 24 MAC : Senator Datuk K S Nallakarrupan menegaskan beliau sama sekali tidak akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit dakwaannya bahawa Ketua Pembangkang itu seorang biseksual baru-baru ini. Menurut Nalla, beliau memilih untuk tidak mengendahkan notis guaman Anwar sebelum ini, malah kini menunggu bekas rakan karibnya itu untuk menyamannya di mahkamah. "Saya tidak akan endahkan notis ini dan akan terus bercakap mengenai Anwar."Saya sangat berbesar hati jika Anwar membawa perkara ini ke mahkamah. Mahu bawa perkara ini ke mahkamah minggu depan pun boleh."Saya bersedia jumpa dia dan akan dedahkan banyak perkara lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.Nalla minggu mendakwa Anwar sebagai seorang biseksual dan pernah melihat Anwar 'beraksi'.Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu juga turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, yang menurut beliau seorang biseksual untuk menjadi Ketua Pembangkang.“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu, “kata Nalla.“Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah,” tambah beliau.“Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana