ADUN DAP Bidas Hasan Ali - Dakwa Isu Murtad bukan Urustadbir Negeri.

Petikan dari ADUN DAP memang sial punya DAP.....

SHAH ALAM, 21 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tuanku Lau Weng San mengkritik tindakan ADUN Gombak Setia, Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali yang mengkritik soal berkaitan Murtad pada sessi perbahasan pada Sidang DUN Selangor yang berlangsung petang tadi.

 Beliau lantas membacakan peraturan-peraturan dewan bagi menghentikan Hasan Ali dari terus bercakap mengenai hal yang tiada kaitan dengan negeri Selangor.

 Lau Weng San yang juga merupakan Setiausaha Organisasi DAP Selangor menjelaskan, isu yang dibangkitkan Hasan Ali mengenai Murtad tidak ada kena mengena dalam hal urustadbir Negeri dan ianya sewajarnya tidak dibangkitkan menerusi platform perbahasan Sidang DUN Negeri hari ini.

 Namun ianya disanggah Bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu yang mendakwa sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, sudah pasti ada kena mengena dengan negeri itu lantas menegaskan kredibiliti kepimpinan juga penting dalam hal-hal berkaitan urustadbir negeri.

Beliau turut bertegas dalam isu murtad juga dalam ucapannya akan mengeluarkan satu video mengenai hal tersebut.Sementara itu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi tadi kelihatan sedikit kecoh dengan menyaksikan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim diarahkan keluar dewan kerana melanggar peraturan dewan.

Beliau dalam Sidang Media menyatakan ketidakpuasan hati dengan sesi hari ini yang masuk hari ke 3. Beliau juga mendakwa bahawa soalan-soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim tidak dijawab dan mempersoalkan keterbukaan YB Speaker yang disifatkan seolah-olah berat sebelah.
"Saya tak boleh tahan kalau macam ini gaya speaker", jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana