Semua salah UMNO, buat Ku Nan angin satu badan...

Yerlah siapa tak marah,asyik asyik orang menuduh UMNO yang buat setiap kali berlaku masalah parti pembangkang.UMNO tak ada kerja lain ker nak buat?BANGGANG....Betul Pembangkang ni.Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 'angin satu badan' dengan puak-puak pembangkang yang bila ada 'problem' salahkan UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Nan berkata, UMNO dan BN sering ditunding jari atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh PAS, PKR dan DAP.
Menurutnya BN dan UMNO merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang."Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan UMNO adalah pertubuhan yang tidak baik,"Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya UMNO dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?,"

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL