PM KITA SUDAH BUAT PENGAKUAN TAPI ANWAR MASIH TERKIAL KIAL....SIAPA BENAR SIAPA SALAH
SIAPA BOHONG SIAPA NI....Satu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Batu Caves dan satu lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Gajah.Ia cuma jadi baru untuk dinilai semula dalam kontek ucapan Perdana Menteri semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Di depan kira-kira 400 peserta himpunan itu Najib memberi jaminan beliau jaga akidah dan jaga peranannya sebagai pemimpin Islam ketika sambutan keagamaan kaum lain di negara.
Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri."Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini.Bab ini merujuk kepada polimek kehadirannya di sambutan Thaipusam di Batu Caves selepas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyifatkan ia langgar akidah.
Apa lagi, ia terus mendorong pembangkang khususnya PAS spin sakan kenyataan mufti itu.
Tanpa disedari Sivaji The Boss mereka,Anwar terjebak dalam situasi lagi teruk sewaktu menghadiri majlis keagamaan di Batu Gajah lengkap diarak dengan menaiki kereta lembu,dicalit di dahi dan bergoyang menari atas pentas.
Kantoi dengan pendedahan itu maka kemudian tersebarlah pula gambar superimpose Najib sedang dicalit kum-kum.GAMBAR YANG INI BOHONG BELAKA YANG SEBENARNYA DIBAWAH INI ORANGNYA....
DAN SIAP DENGAN TARIAN LAGI BERJOGET JOGET DI ATAS PENTAS...LIHAT VIDEO INI...SAMA TAK BAJU YANG ANWAR PAKAI GAMBAR DI ATAS TU DAN MASA MENARI DIDALAM VIDEO TU....
Puak pembangkang gigit jari bila Harussani kemudiannya mengeluarkan kenyataan kehadiran Najib di Batu Caves tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.Pada himpunan itu Perdana Menteri berkata, "Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali."Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya.Cubaan memainkan sentimen agama untuk mencetuskan kemarahan pada Najib bukan sesuatu yang baru.Beliau menarik balik perhatian hadirin pada kisah gambar yang tersebar di internet semasa beliau tawaf semasa menunaikan Haji November lalu dengan dikeliling oleh anggota tentera.Pada gambar itu ramai orang lain yang tawaf sekitarnya dipadam seolah orang lain tidak boleh tawaf semasa beliau di situ.Katanya semua ketua kerajaan dikawal begitu dan bukan beliau yang memohon kawalan itu."Tapi dijadikan polemik oleh pihak tak bertanggungjawab,"katanya."Satu ibadat yang suci dilakukan dengan niat baik diguna oleh orang berniat jahat untuk tujuan politik. Nak sekat tawaf pun tak mungkin. Sesiapa pernah buat haji tahu penuh sesak dengan orang."tambahnya.Dalam kontek ini Perdana Menteri berkata semua pihak harus bertindak segera untuk menangkis sebarang fitnah dan maklumat tidak betul yang boleh menjejaskan kesucian agama.Untuk tujuan itu katanya kerjasama antara kumpulan ulama, cedekiawan Islam dan penulis maya mampu menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah umat Islam di negara ini.
Comments