Habis Habis.....Pendirian Anwar ancam negara

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan berbahaya dan boleh mengancam negara.
Ini kerana menurut Ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad, kenyataan ketua pembangkang itu dikhuatiri akan menyebabkan golongan radikal pro-Palestin melabel Malaysia sebagai antara negara penyokong rejim Zionis.
“Saya bimbang golongan ini tersalah tafsir berhubung polisi luar negara kerana kenyataan Anwar itu seolah-olah menggambarkan kita menyokong kedaulatan Israel. Dikhuatiri Malaysia akan menjadi sasaran seterusnya buat golongan radikal ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.
Ujar Ismail Mina, ancaman daripada golongan radikal tersebut boleh wujud kerana tindakan menyokong entiti haram Israel dan seumpamanya adalah seperti mengkhianati perjuangan umat Islam seluruh dunia.“Entiti haram Israel tersebut ditubuhkan atas konspirasi Zionis-Kristian yang bermatlamat merampas hak rakyat Palestin. Semua pihak seharusnya bertanggungjawab mengembalikan status quo serta hak tersebut kepada penduduk asal Baitulmaqdis,” ujar beliau.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menegah usaha menyokong perjuangan bangsa Yahudi seperti yang termaktub pada Surah al-Baqarah ayat 120.Katanya, sememangnya bangsa Yahudi tidak akan berhenti memusuhi umat Islam selagi umat tersebut tidak tunduk kepada ajaran dan telunjuk mereka, justeru umat Islam jangan sekali-kali merendahkan diri pada mereka dan mengikut kemahuan kaum berkenaan.
“Pendirian Anwar itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, Anwar perlu bertaubat dengan kembali ke pangkal jalan kerana menagih sokongan masyarakat Yahudi.“Alhamdulillah, sejak dahulu lagi, polisi negara kita sentiasa kukuh dalam menyokong gerakan pembebasan Palestin dan kita percaya tindakan meminta sokongan musuh adalah tidak betul dan bertentangan dengan agama Islam.“Saya juga akan berdoa kepada Allah agar Anwar terbuka hati menerima hidayah serta menyedari perbuatan beliau adalah salah dan memperbetulkan langkahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL