BOLEH BAYANGKAN SEMUA JIKALAU PEMBANGKANG AMBIL ALIH KERAJAAN MALAYSIA


Nik Sapeia kecewa Pas pecat guru halaqah.
JANGAN MENUNJUKKAN HERO LAH PAS SEHINGGA SANGGUP PECAT GURU YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA PARTI PAS.Ini ker dikatakan perjuangan berlandasan ISLAM yang diajar oleh NABI BESAR KITA.Parti Progresif Penduduk (PPP) kecewa dengan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memecat seorang guru halaqah (guru al-Quran) selepas guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh.Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata,tindakan Pas itu tidak profesional dan mengamalkan politik dendam yang sama sekali tidak mencerminkan parti berteraskan Islam."Saya sedih guru ini dipecat sebagai guru halaqah sebaik menyertai PPP dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan saya meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat memandang serius perkara ini."Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sama sekali tidak akan memecat mana-mana pihak yang tidak menyokong BN dan ini satu lagi bukti kezaliman kerajaan Pas,"Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah guru berkenaan, Siti Rokiah Mohd Zain, 53, serta beberapa bekas penyokong setia Pas yang menyertai PPP baru-baru ini.Kesemua 80 bekas anggota Pas Kampung Wakaf, Pasir Puteh telah mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai PPP dalam satu majlis dan borang penyerahan menyertai PPP itu diserahkan sendiri kepada Nik Sapeia.

Nik Sapeia berkata, sebaik selesai majlis penyerahan borang keanggotaan itu, Siti Rokiah telah dimaklumkan oleh seorang pemimpin Pas yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.
Sehubungan itu Nik Sapeia mengumumkan pihaknya akan membantu Siti Rokiah dengan membayar elaun sebanyak RM200 sebulan seperti mana elaun yang diperolehnya sebelum ini, bermula bulan ini.
"Mana-mana guru agama yang dipecat kerana menyertai PPP dan menyokong BN, saya akan bertanggungjawab dengan membayar semula ganti rugi itu sehingga seperti mana syarat yang dikenakan oleh kerajaan Kelantan itu," katanya. - BERNAMA

INILAH YANG DIKATAKAN TERAMAT ZALIM DIBAWAH PIMPINAN PAS YANG SELAMA PERJUANGAN ISLAM....KONON.SIKAP PAS YANG TERLALU MEMENTING PARTINYA SENDIRI.

Comments

DENORISH said…
Pas ni lebih yahudi dari yahudi tunggulah balasan Allah kepada parti pas ini...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana