Anwar keluar kenyataan ...pertahan pasal keselamatan Israel di Wall Street Journal

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan satu kenyataan petang Khamis dimana beliau mempertahankan kenyataannya mengenai keselamatan Israel seperti disiar akhbar Wall Street Journal baru-baru ini.Serentak dengan itu beliau mengakui wujud perbezaan pendirian antara PKR dengan PAS mengenai berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.
Menurut beliau walaupun berbeza pendirian ,PKR berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.Katanya kenyataannya “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) tidak disiarkan dengan sambungan selepas itu yakni ....., “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).Dakwannya pendiriannya mengenai keselamatan Israel itu adalah selari dengan negara-negara Arab termasuk Arab Saudi dan Jordan.
"Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin.
Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal,"katanya.Dalam kenyataan itu Anwar seperti biasa menidakkan langsung pendirian kerajaan dan UMNO terhadap nasib rakyat Palestin selama ini.Sekalipun satu dunia tahu berbagai bantuan dan sokongan diberikan kepada rakyat Palestin dan di arina antarabangsa,beliau mendakwa kerajaan dan UMNO bermuka-muka dalam isu Palestin.

Comments

Ghazali said…
Mengapakah engkau dilahirkan sebagai manusia??? Alangkah eloknya jika engkau dilahirkan sebaga BABI?
Unknown said…
sabar sabar mungkin ada hikmatnya..disebaliknya

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana