KUALA LUMPUR 3 Feb - Majlis Perundingan Melayu (MPM) terkilan dengan bidasan Presiden dan Ketua Pemuda MCA yang sepakat dengan Ketua Pemuda DAP agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri disingkir dari jawatannya selepas mengeluarkan kenyataan mengenai peniaga Cina. Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, pendirian dan keceluparan Liow Tiong Lai dan Chong Sin Woon mempamerkan pendirian sebenar MCA, yang lebih mementingkan DAP. "Mereka melindungi mereka yang cauvinis, dari membantu kerajaan menangani masaalah yang dihadapi rakyat, maka, saranan yang dicetuskan Ismail mendedahkan pendirian sebenar MCA. "MPM tidak terkejut dengan bidasan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Siong, sebab kita semua tahu DAP memang cauvinis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dr. Hasan mengulas catatan di laman Facebook Ismail yang menyarankan pengguna, terutamanya Melayu, memboikot peniaga-peniaga Cina yang degil dan enggan menurunkan harga ...
Comments
Yang ni Brader Tian Chua pulak bantai Anwar.. he he
http://wubra.blogspot.com/2012/01/thank-you-tian-chua.html