Rasakan...Chegubard Ditahan Berhubung Akaun Twitter 'Palsu'
Pihak polis semalam menahan seorang pemimpin PKR, Badrul Hisham Shahrin didakwa menulis satu mesej berunsur hasutan melalui akaun twitternya.
Bagaimanapun Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard mendakwa ia dari akaun twitter "palsu".
Menulis di twitternya malam tadi, CheguBard berkata beliau baru sahaja dibebaskan dengan jaminan polis kerana Umno telah membuat laporan polis di Ampang mengenai akaun Twitter dengan nama AMK Rembau yang dikatakan menghina institusi beraja.
Beliau menegaskan bahawa akaun AMK Rembau itu tidak ada sebarang kaitan dengan cabang Pemuda PKR itu tetapi menurutnya, polis merampas telefon Blackberry miliknya dan cuba mencari komputer ribanya dan komputer cabang tersebut.
Memetik laporan Malaysiakini tidak terdapat akaun Twitter atas nama AMK Rembau, walaupun carian untuk akaun di laman mikro-blogging itu menunjukkan satu hasil - akaun yang dikenali sebagai Umno Baru.
AMK adalah nama singkatan bagi sayap Pemuda PKR.
CheguBard berkata, akaun "palsu" itu sudah beroperasi semasa pemilihan sengit parti itu tahun lepas dan dia mendakwa ianya dikendalikan oleh mereka yang mahu memburuk-burukkannya.
Chegubard, yang tewas dalam pertandingan jawatan ketua AMK kepada penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin, menambah bahawa terdapat juga akaun
Comments