Anwar Pengecut untuk Mendapatkan Simpati KesNya

Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak 'mengheret' rakyat untuk terlibat dalam kes-kes berkaitan peribadi beliau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkaitan perundangan dan kehakiman tidak seharusnya menjadi bahan politik atau polemik.
''Biarlah mahkamah yang menentukan keputusan. Kita tak harus bawa rakyat untuk terlibat dalam kes-kes mahkamah. Ahli-ahli politik yang menjadi ahli Parlimen, sama ada anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara adalah pembuat dasar dari segi perundangan.
''Jadi undang-undang itu harus dihormati sebelum kita meminta orang lain menghormati undang-undang. Saya tidak fikir undang-undang itu harus dibawa ke tepi jalan atau demokrasi dijadikan demonstrasi,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Dataran Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahmah, di sini hari ini.Ahmad Zahid sebelum itu mengulas rancangan Anwar untuk menggerakkan pengikutnya
bagi menjayakan Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara pada 9 Januari depan.
Jelas beliau, mengheret rakyat dan berdemonstrasi untuk kepentingan peribadi seperti yang dilakukan Anwar tidak bersesuaian dengan suasana politik di negara ini.
''Kalau rakyat jadi hakim, ia seharusnya ketika pilihan raya umum nanti dan bukan semasa sesuatu keputusan mahkamah itu dilakukan. Kalau diheret semasa keputusan mahkamah, ia seperti mahu membawa rakyat menyanggah apa yang telah diputuskan atau akan diputuskan mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL