Isu Hudud Keputusannya Dah Tahu
Walaupun majlis pimpinan pembangkang akan bermesyuarat Rabu malam menentukan Konsensus isu hudud yang menyebabkan pertembungan PAS-DAP, sudah ramai dapat agak kesudahan episod terbaru hubungan parti pembangkang itu termasuk PKR.
Sebelum ini, jika ada perbalahan sama ada babitkan tiga parti itu, penyelesaian mudah.
Biasanya, mereka kata perselisihan pendapat dan itu biasa dalam mana-mana parti politik.
Namun, paling kerap pembangkang akhirnya menunding jari kepada UMNO dan media yang kononnya berpihak kepada kerajaan.
Pembangkang cukup pandai cover up atau main silap mata tutup pekung masing-masing.
Ini semua drama yang dimainkan mereka, ini skrip-skrip drama. Lepas ini mereka akan duduk baik-baik. Ini skrip satu, skrip dua..drama tiga dan seterusnya
Comments
Perjuangan PAS sememangnya tersasar jauh!
Keberanian PAS hancur dalam PR terutamanya bila berhadapan dengan DAP! Segala keputusan mesyuarah dalam PR mestilah mengikut kehendak DAP!
Mana wajah kepimpinan PAS? sedangkan penyokong dan pengundi PAS mahukan PAS yang gagah dan berani dan bukannya sebagai pengecut dalam gabungan PR.
Berjuanglah kerana Islam dan negaramu bukannya setakat slogan menawan Putrajaya sahaja...!