Pengarah JAIS jawab tomahan insiden malam 3 Ogos

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdepan dengan macam-macam tomahan sejak insiden malam 3 Ogos ekoran pemeriksaan keatas satu majlis di Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church (DUMC)dimana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang islam.
Ini mendorong Pengarahnya Marzuki Hussin menyuarakan rasa amat kecewa apabila banyak pihak yang menuduh pemeriksaan pegawai penguatkuasanya bersama anggota polis di DUMC dilakukan secara tidak beretika.
Beliau juga menjelaskan mereka menjalankan pemeriksaan dan bukannya serbuan seperti yang didakwa.
Dalam satu kenyataan Khamis beliau menegaskan tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh mereka ketika membuat pemeriksaan berkenaan atas maklumat pada kira-kira pukul 9.45 malam itu.
Menurut beliau pemeriksaan yang dilakukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 adalah berdasarkan maklumat bahawa satu majlis berbuka puasa akan diadakan bersama majlis "Thanksgiving Dinner" di sebuah gereja.
"Semasa operasi itu, JAIS telah berunding dengan penganjur majlis itu di luar dewan dan ini membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya.
"Bahkan JAIS telah meminta keizinan masuk dan hanya dibenarkan masuk ke dewan berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan setelah majlis selesai pada pukul 11 malam,”tambahnya.
Marzuki berkata seramai 12 orang Islam didapati hadir pada majlis itu dan JAIS hanya mengambil butiran dan meminta mereka menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling di JAIS.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL