Muhyiddin arah Jabatan Pelajaran Johor siasat cuti suami calon PAS

LABIS: Kementerian Pelajaran akan melakukan siasatan tentang kewajaran cuti
sakit diberi kepada Maarof Abd Mutalib, seorang guru yang juga suami kepada
calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala
Sudirman.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga
Menteri
Pelajaran, berkata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran diberi
tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.
"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas
cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar
yang dia sakit.
"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari
(jumlah cuti sakit yang
diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun
redah dengan calon PAS, yang
juga isteri dia," katanya kepada sidang media
di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, hari ini.
Muhyiddin ditanya mengenai cuti sakit selama 21 hari yang diambil oleh
Maarof, seorang guru di Tenang Station, tetapi pada masa yang sama dilihat

berkempen membantu isterinya

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL