Orang PAS dipasir putih dikelantan menyertai UMNO

PerantauanTERKINI 103 bekas ahli yang kecewa dengan Pas sertai UMNO

PASIR PUTEH 27 Nov. – Seramai 103 bekas ahli Pas termasuk pemimpin dan ketua cawangan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising dalam Parlimen Pasir Puteh bertindak menyertai UMNO Cawangan Kampung Wakaf Bunut hari ini.
Mereka termasuk Ketua Penerangan Khas DUN berkenaan, Nordin Daud, 48, dan Ketua Cawangan Pas Kampung Wakaf Bunut, Mohd Soleh Mat Hasaan, 66.
"Saya sedar perjuangan Pas selama ini hanya sia-sia, tidak memberi kebaikan kepada Islam,” kata Nordin kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Nordin yang mula menyertai Pas selepas tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera pada 1990 dan keluar parti pada 2008 berkata, parti itu cuma menggunakan Islam bagi kepentingan peribadi. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia