Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Mufti Kelantan

KOTA BHARU 30 Nov. – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.
Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.
"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. - Utusan
apalah nak jadi sekarang ni...parti pas yang menjuangkan islam hanya diam membisu macam tak ada kesalahan apa apa..kenapa jadi bergini?kerana politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia