756 Ahli Pas Di Parlimen Larut Sertai Umno

SELAMA: Seramai 756 ahli Pas dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas Timbalan Ketua Pas cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.
Kesemua ahli Pas itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sempena majlis Rahmat Ramadan Bersama Menteri Besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di sini, Jumaat.
Mat Arop berkata beliau menjadi ahli Pas selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.
Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mendorongnya untuk beralih arah kepada UMNO.
"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.
Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian UMNO secara besar-besaran.
Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih UMNO menunjukkan parti itu semakin teguh di negeri itu. - BERNAMA
sila link:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/3/mstar_berita/20100903202654&sec=mstar_berita
ulasan:
saya harap next pilihanraya akan datang kita sama sama rakyat malaysia terutama orang melayu menghukum PAS supaya ia sedar dan terpesongan penjuangannya.

Comments

Kepada MB DS Zamry dan KUB Larut (Dato Raja Ahmad) segera proses penubuhan cawangan baru yang dipimpin oleh bekas ketua PAS yang masuk UMNO bersama pengikutnya agar tidak terjadi perpecahan dan perebutan kuasa .
Unknown said…
yer betul supaya bersatu hati untuk orang melayu

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL