Posts

Penduduk Kampung Buah Pala minta Guan Eng letak jawatan

GEORGETOWN: Persatuan penduduk Kampung Buah Pala hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab untuk membela nasib rakyat negeri ini. Wakilnya, C Tharmaraj, berkata pihaknya membuat desakan itu kerana merasakan Setiausaha Agung DAP itu sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan gagal menunaikan janji. "Janji dibuat pada kempen pilihan raya umum yang kononnya mahu mengembalikan hak dengan memberikan tanah ini kepada kami tapi tidak ditunaikan. Saya rasa lebih baik dia letak jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada pilihan raya umum tahun lalu, pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas telah menggunakan isu Kampung Buah Pala sebagai modal mereka berkempen dengan berjanji akan mengembalikan hak penduduk sekiranya mereka memerintah negeri ini. Semalam, penduduk kampung itu menyatakan rasa kecewa dan marah dengan keengganan Guan Eng bertemu mereka untuk menyerahkan memorandum berhubung nasib mereka sele...

Islam utamakan muzakarah berbanding debat

Islam utamakan muzakarah berbanding debat: Harussani KUALA LUMPUR: Islam lebih mengutamakan proses muzakarah atau perbincangan berbanding mujadalah atau berdebat dalam soal perpaduan ummah, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, Islam juga tidak menolak perdebatan untuk berhujah dan berdepan dengan individu atau kumpulan bukan Islam, khususnya dalam soal berkaitan akidah sepertimana ketika Nabi Musa berhadapan dengan Firaun. "Dalam Islam lebih baik muzakarah (dalam soal perpaduan Ummah). Lebih baik duduk semeja dan berunding daripada berdebat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai cabaran Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk berdebat secara terbuka. Nik Abdul Aziz mencabar Najib berdebat secara terbuka berikutan tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran ...

Contohi parti Cina

PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka. Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utus...

perpecahan melayu teruk

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia. ‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan. ‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini

hidup melayu di penanti

untuk membuang undi nanti pasti kita menolak parti PKR...saya harap mana mana ahli pas pilih lah calon bebas...lihatlah calon pas mana ada jadi Exco...kat penang.bersatulah kaum melayu..rapatkan silaturahim.

MB perak adalah zambri

Bersyukur kepada tuhan dan rakyat perak....semoga aman dan damai.jadilah yang terbaik untuk semua.saya harap selepas ni melayu mesti bersatu padu janganlah jadi boneka kaum lain.kalau betul betul parti DAP,PKR dan PAS bersatu janganlah letak pada kaum cina yang lebih.negeri perak majoritinya kan melayu.fikir fikir kan lah

untuk pepaduan nik aziz tolak

saya pun hairan melihat nik aziz berkata tidak mahu untuk pepaduan bersama dengan Umno tetapi nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama.tegok cara nya nik aziz kalau boleh tak nak berudur dari politik.sedarlah sikit suatu hari nanti orang ramai akan paham dan bertambah fedup dengan nik aziz nanti.Kita tidak sangka seorang yang bergelar tuan guru sanggup menggunakan kuasanya dan membuat keputusan menolak untuk bermusyawarah.dalam islam sendirinya supaya islam dengan islam jangan bermusuh musuhan antara satu sama lain.Apa tok guru macam ni yer..mungkin pasal politik kot?sepatutnya diberi nasihat dan cara bagai nak menyatukan sebangsa dan agama,ini tidak...untuk mempecahbelah lagi adalah....inikah dipanggil tok guru agama.semakin kuat agama semakin teruk sekaraning ni yer. Percayalah, Nik Aziz tidak akan berjaya jika terus bersekongkol dengan DAP. Mereka akan menggunakan pelbagai agenda secara nyata dan halus untuk melemahkan orang...