“TIADA APA LAGI YANG MAHATHIR BOLEH BAGI KEPADA PENDUDUK LANGKAWI” – CHEGU BARD

Tun Mahathir Mohamad telah sah akan bertanding di Parlimen Langkawi pada Plihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti sebagai calon parti PKR. Rata-rata penduduk Langkawi telah menyatakan rasa kurang senang mereka termasuklah bekas pengikut setia Mahathir yang juga pernah menjadi anak emasnya, Anina Saadudin.

Dalam satu sidang media di Langkawi yang dibuat oleh pengkritik paling lantang Mahathir, Chegu Bard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin, dia mengaku penduduk Langkawi sememangnya hormat dengan Mahathir, namun itu bukan petanda yang mereka akan mengundi Mahathir menjadi wakil rakyat mereka.

Malah mengikut kajian yang dijalankan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), 67% pengundi berdaftar di Langkawi tidak mahu Mahathir menjadi wakil rakyat mereka. Kajian ini melibatkan lebih kurang 2,000 responden. Ini jelas menunjukkan Langkawi bukanlah tempat ‘kuat’ untuk Mahathir.

Selama 15 tahun penduduk Langkawi sudah selesa dengan pembangunan yang ada, jadi sekarang sebenarnya tiada apa pun yang Mahathir boleh tawarkan di Langkawi. Malah orang-orang Langkawi mendapati Mahathir hanya membawa politik kebencian dan rasa tidak puas hati ke Langkawi. Adakah Langkawi ini tempat pembuangan rasa benci dan tak puas hati Mahathir?

Chegu Bard juga mendedahkan penipuan Mahathir yang mengatakan akan isytihar harta jika menjadi calon tapi setelah beberapa menjadi calon, sehingga kini dia masih berdiam diri dan tidak berkata apa-apa. Malah sekutunya dalam pembangkang juga turut berdiam diri sama.

Chegu Bard juga menyatakan dosa Mahathir yang paling besar adalah membodohkan rakyat. Bagaimana? Mahathir menggunakan senjata ‘air mata buaya’ (yang sudah lanjut usia) ketika umumkan mahu bersara sehingga berlaku drama tarik menarik baju dan kasut tercabut, kemudian, cerita sedihnya bahawa pesawatnya disabotaj, bakal dibunuh dan pelbagai cerita sedih lain untuk menarik undi simpati rakyat kepadanya.

Kenapa ini senjata rahsia Mahathir? Ini kerana dia tahu, rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu ‘mudah lupa’, mudah simpati dan mudah percaya berita ‘benci’nya. Jadi berhati-hatilah dengan tindakan Mahathir seterusnya kerana besar kemungkinan itu adalah lakonannya. Tak percaya? Mari kita nantikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana