Siapa yang langgar peraturan parti wajar dipecat - Ku Li

Sehari dua ini beberapa pemimpin veteran UMNO mula melancarkan serangan kepada parti, dua diantaranya, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz telah dipecat, manakal Tan Sri Rais Yatim disiasat.

Bagi orang lama Tengku Razaleigh Hamzah, sesiapa saja yang melanggar disiplin parti wajar dipecat.

“Siapa sahaja yang langgar peraturan parti, waima presiden sendiri, dia wajar dipecat,” tegas Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu.

Menurut Tengku Razaleigh, tindakan menyokong pembangkang itu jelas melanggar peraturan dan perlu dikenakan tindakan.

“Kita tidak memerlukan pembelot malah ia juga tidak merugikan parti. Kita berjuang habis-habisan menentang pembangkang, tapi orang kita pergi sokong.

“Ia jelas membuktikan mereka tikam belakang kita. Kalau dalam peperangan, orang sebegini dah boleh tembak tapi dalam parti, kena buang pembelot.

“Bagaimanapun, kita tidak merasakan tindakan mereka itu menjejaskan parti kerana kita sendiri tidak memerlukan pemimpin seperti itu,” katanya selepas merasmikan Dewan Semai Bakti, Felda Chiku 3, pada Ahad.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keanggotaan dua veteran Umno itu digugurkan susulan tindakan mereka menyokong pembangkang.

Beliau berkata, Tan Sri Dr Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment